Khamis, 20 Mac 2014

My Roommates " Sakura 4 "

Assalamualaikum , haiii kembalii semula ke dalam blog ^^
Selalu sangat menceritakan tetang mereka kan ? hihi hari ni berkesempatan nak upload gambar my roommates dalam blog :D yeaahhh ! Thanks wani sebab kasi pinjamkan Laptop ya :* MyRoommates ? apa yang ada dengan mereka ? okayy mereka sangat gila , satu kepala dan sangat membantu antara satu sama lain . Why mesti cakap macam tu ? Wani ? kenal wani , dialah cikgu , dialah mama . Sebab dialah banyak mengajar kami jika kami tak faham apa yang Lecture ajar didalam kelas . Okayy dia masih single ! nak kenal ? comment dibawah nah ? nanti aku bagi detail dia ! hekhek :P . Aina ? dialah kawan , dialah sepupu , dialah ratu air mata :D , sebabnya ? selalu sangat kami pergi mana - mana berdua ! haa like couple together , tapii dia pendiam sikit . Pendiam ke ? mulut dia ada emas , bab kata Abg BOB . Haha jangan marah nahhh :P . Subha ? dialahh kakak kami , rajin sangat . Kemas biliklah , yang penting dia adalah google translate aku dan kawan yang lain :D 
Ehh dulu dalam bilik SAKURA 4 ada sorang lagi member , nama dia IKA . Siapa IKA ? musuh aku tu ! haha sembang sat . Diaaa tu rakan sebilik yangg baru . Tapi sekejap je jadii kawannn bilikkk sebab ada kes sikit dengan kawan sebilik ! ada masalah sikit . Lepastu dia terus pindah keluar dari bilik SAKURA 4 . Dari berlima tinggallah berEMPAT . Tapi takpa kami TETAP BERSAMA . INYSAALLAH :)  
Penat dah nak menaip ni , jadi nak kenalkan my roommates dekat sini :D hihi ^^
 wearing punjabi for presentation Bahasa ENGLISH
Ika semasa didalam kelas sewaktu ada presentation
 Ni gambar Myroommates yang sopan sikit :P
 Waktu makan malam diMyara Cafe
 Orang belajar mereka tido :P
 Mama tengah fokus dengar lecture cakap sampai terlena xD
 Subha nak posing tapii wani action kat belakang
Di Hammer Bay , PENANG

Setakat ini dahulu kisah kami , moga jumpa 4 bulan lagi yaa my roommates :) Iloveyouuuuuguyyyyyyyyyyyyyyyyyy :*

Isnin, 17 Mac 2014

Semester 2

 Assalamualaikum , hi pembaca setia blog saya . Sekian lama saya mendiamkan diri kan ? Hari ini muncul kembali untuk menceritakan pengalaman saya selama mendiamkan diri . Agak poyo disinikan ? hihi . Sudah lama hendak saya mengupdate diari harian saya disini . Tapi tidak kesampaian kerana saya masih belum mempunyai laptop tersendiri . Nampak kelakar lagikan ? Selepas tamat semester pertama , saya bercuti selama dua bulan sebelum memasuki semester kedua .Semasa cuti bermula , tiada sebarang pekerjaan yang saya lakukan selain daripada menolong ibu di kantin sekolah , ini dikatakan semacam makcik kantinlah okay :P ada jugak kerja yang saya lakukan daripada menanam anggur bukan ? Exams final semester pertama so far so god lah . Agak boleh buat disebabkan study yang melebihi tahap normal . Dengar balik agak boleh buat tapi pointer ? hmm cukup - cukup makan sahaja . Tapi Alhamdulillah saya masih bersyukur kerana masih mendapat pointer yang agak comel :P Comel ke ? hmm comellah sebab dapat Yayasan Mara ! Start semester kedua , tarikh bermula masuk semula pada 18/11/2013 . Saya cuma datang register untuk mengambil result sahaja tapi tak daftar belajar lagi ! hikhiks . Disebabkan kemalasan yang melanda , saya mendaftar untuk semester kedua pada dua minggu selepas pembelajaran bermula . 
Pada 02/12/2013 barulah saya mendaftar semula ke kolej ICT atau dikenali sebagai Island College Of Technology , Balik Pulau . Sejak dari itu , kami geng daripada Melati semester satu tidak bergabung lagi . Saya , Aina , Wani dan Subha dibilik Sakura 4 dan Hawa dan Zai dibilik sakura 3 . Sejak dari itu kami tidak lagi rapat dengan Hawa dan Zai . Sedihkan ? Nvmlah . Sekarang nak cerita tentang pengalaman saya belajar untuk semester kali ini . So far so good lah . Tapi agak sedih sedikit sebabnya tak sampai sebulan belajar dan nak midterm . Hmm terpaksa gasak gila - gila . Padahal aku tak pernah pun gasak . Sebab bagi aku 'Alaa midterm je pun' . Belagakkan ? sudahlah tinggal dua minggu waktu belajar . Lepastu kerap gila tak datang kuliah , alasan yang tak munasabah yang selalu aku bagi adalah " sepupu kawin , sakit dan selainnya " ala - ala student malas ah ni :P . Midterm semester kedua intake April 2013/2014 bermula pada 06/01/2014 . Pada hari yang sama intake Jun / Sep , Senior dan lain - lain mula mendaftar kembali . Ehhh terlupaa pulak nak cerita tentang hostel dimana , kelas dimanakan ? haaa ni nak cerita sikit hostel nuhhh jauh dihutan belantara belakang sanaa . Memang pada permulaannya agak tekanan ah , disebabkan jauh sekali hendak kekelas . Nak ke kelas mengambil masa selama 5/10 minit disebabkan berjalann kaki . Okay nampak penat disitu ? kesiankan ? memang kena kesian punn . Boleh hitam oh , sudahlah belajar dekat BALIK PULAU , kawasan pantai memang kulit pon bertukarlah :'( sedih bukan ? huhuhu . Kalau diikutkan hati memang nak sangat tukar pengajian nih ! bosan okay , setiap minggu mesti cari jalan balik ! hehe , tapikannn cara pembelajaran tak ketat sangat . Cuma empat hari seminggu sahaja . Semester ni banyak gila kerja khususnya . Sakit jugak kepala . Nak kena interview orang , nak cari bahan . Tapi semua ini membantu okay untuk final exams kelak ! jangan pulak tak buat ! kalau malas sangat pun , atleast kerja khusus yang Lecture bagi haruslah buat okay ? hihihih . Dah macam nak ceramah dekat orang pulak ! haa nak cerita sikit ni ! Lesen kereta dah dapat :D yehaaa , tapi ayah tak bagi kebenaran lagi nak bawak datang kolej , okay sedih sekojap ! Humm , kalau ayah suruh ambil lesen motosikal pulak . Ehhh kelas teori motosikal memang dah ambil pon , siap belajar lagi okay ! tapiiikannnnn motosikal , aku tak pandai sangat ! trauma yang melanda menikam - nikam jiwaa . Ehhh nyanyii pulak dah ! haha layan jelah k ? takut sangat naik motosikal since 2010 lepas excident dengan member masa dalam perjalanan nak pergi sekolah ! habiss muka aku beb :'( siburuk rupa doh ! balik kampung dekat TERENGGANU , dengan muka macam tu ! ehh ko ingat cantik ? sumpahhhh burukk T_T . Sabar jelaaa . Lepas dah dapat lesen tu , ayah suruh test drive dari ALOR STAR sampai SUNGAI PETANI . Okay memang agak gemuruh jugak sebab bawak atas highway dengan kenderaan yang banyak gila ! Masa tulah kenaa marah dengan ayah . Ayah cakap ' kawalan streng amat penting , mata kena liar " Okay try untuk liar . Alhamdulillah mahir sedikit demi sedikit tapi masih gemuruh disebabkan pernah excident jugakk . Banyak jugakkan pengalaman yang berlaku ? nihaa nak cerita masa nak pergi jenjalann dengan sepupu . Masa dekat traffic light , giliran kami untuk memandu tiba - tiba dari arah yang bertentangan sebuah bas dengan lajunyaa melanggar kenderaaan kami ! panggggg berpusing kenderaan yang kami naiki , berpusing hampir separuh daripada traffic light tu . Rasa macam nak hilang nyawa :'( sudahlah bas gila tu langgar lari ! memang maki hamunlah aku dengan sepupu masa tu ! selalunya kalau kenderaan dah excident mestilah kena ada ditempat kejadian kan ? tapiii kami hebat ! kamii kejar semula bas tu ! nasiblah abg - abg moto tolong sekat bus B**** tu . Alhamdulillah , Kereta sahaja yang teruk , aku dengan sepupu tak jadi apa - apa ! Sampai jee BALAI POLIS , BAGAN SERAI . Kami mula membuat laporan , dengan muka tak bersalah driver itu memberi alasan kepada polis " saya tak nampak lampu merah , saya lintas sahaja " Namun siasatan dapati kami tidak bersalah , yang bersalah adalah driver bus tersebut . Kes itu tak pasti selesai ke tidak . Sebab tak dengar khabar berita langsung sampai sekarang ! Hoii siapa tak trauma cakap kau ? aku rasa memangg takut gila nak naik kereta laju - laju lepastuu . Ni nak cerita pasal rakan sebilik . Memang SUPERB lah ! memang kepala gila - gila tambah - tambah si Subhashini tu ! memang bestlah dapat kawan macam dia . Kalau takda dia SEHARI . Mesti RINDU beb ! serious tak cakap . Member INDIA yang paling happy go lucky , tapi masa MOOD takda , janganlah kacau dia memang tak akan senyum langsung ! serious takut ! Subha , Subha thanks sebab sudi jadi kawan i k ? hihi . Ni rakan sebilik yang kedua , nama dia Aina . Dia sepupu aku . Waktu kecil - kecil dulu memang semua sekali :P mandi sekali , tidur sekatil , makan bersama . Lepastu berpisah masa umur aku 4 tahun . Dia sekolah dekat KUANTAN . Aku pula dekat PERAK . Sebab apa aku pindah duduk PENANG ? Sebab nenek ah suruh kami semua balik pindah sana . Tidak memang semua akan sekali lagilah ! hikhik . Kami start sekali tahun lepaslah sebabnya BELAJAR SEKALI dekat ICT , Balik Pulau . Belajar sekalilah katakan baru HAVOC ! tapii deni lagii gilaaa , sebab dia memang gilaa . Tapi takpaaa dia Lawa , well sepupu siapa ? gila - gila pun lawa :D okay , memang pelat dia cakap pun tak berubah dok cakap PAHANG dialah , even dah setahun duduk kawasan BALIK PULAU ! Haha kalau dia baca , mati aku T_T ni dah dikira mengutuk dah ni :p . Haaa ni rakan sebilikk akuu yang terakhir namaa diaa Wani . Dalam bilik tu dialah mama kami , pagi - pagi bangun pergi kelas , dialah gerak " bangun - bangun ! dah lewat ni ! " haa lebih kurang macam ni lah ! Kalau bab menonton cerita korea terserah ! kalau menonton tu tak ingat duniaaa ! gelak "huhahuha" saja . Memang setiap masa , tambah - tambah "Running Man" Lagilah gilaaaa ! perghh , hihi tapiii kadang -kadang aku pon join sekali ! haaa best kadang - kadang . Layan Running Man ni boleh hilang bosan , tambah - tambah lihat aksi KWANGSOO ! alololo comel sangat - sangat ! hihi . Ehh memang dah terkeluar daripada tajuk dah kan ? alaa biarlahhh blog aku ! werkk :P okay - okay kembali ke tajuk utama ! Semester kedua , minggu ni minggu FINAL EXAMS . Tadi cik Rahmah cakap suruh pilih cuti untuk semester break kami ! nak 4 minggu atau 4 bulan ? kalau korang ? kalau aku comfirm pilih yang 4 bulan ! hahah , kenapa ? bolehlah aku mahirkan diri dalam pemanduan aku , kann ? kalau 4 minggu , jadual pembelajaran memang ketat gilaa ! seminggu 25 jam , sehari 8 jam ! ohh kau nak ? aku taknak weh T_T . Minggu ni kena study gila - gilalah . Nasib sempat update blog sebabnya esok takada paper , paper seterusnya hari RABU ! Ahhh letih sudah , jam pun sudah menunjukkan pukul 10.47 pm . Penat mengarang , penat menaip . Sekarang masa untuk study dulu ! hahaah poyokan ? oklah sampai sini sahaja . Jalan cerita untuk hari ini . Assalamualaikum semua :) 
17 March 2014 

Isnin, 30 September 2013

Student In Diploma at Ict

Assalamualaikum semua , maaf lama sudah tidak meluangkan bersama blog tercinta . Takut air mata saya mengalir sekali lagi , dan hari ini saya terpaksa mendelete semua kisah - kisah silam yang pernah hadir dalam hidup saya , mungkin saya patut lepaskan segala memori yang duka dan cuba bangkit bersama memori yang baru :) Guys , tahun ini saya telah pun digelar pelajar dikolej teknologi , Pulau . Saya nak menceritakan detik saya bersama kawan - kawan baru :) Saya mula memasuki kolej tersebut pada 28.04.2013 , pada permulaannya saya tidak selesa dengan keadaan kolej tersebut kerana sangat membosankan dan kawasannya dalam sangat dan berdekatan pulak ! ahaiii berapa banyak dan lah :P hihi . Disitulah bermulanya saya sebagai seorang pelajar di peringkat Universiti/Kolej . Saya tak rasa happy pada hari pertama berada disitu kerana banyak sangat rintangan yang saya hadapi , malam saya disitu saya demam panas , al-maklumlah tak pernah berpisah dengan parents ! hihi , bila berpisah memang banyak ragamnya . Hari kedua berada di situ sebagai pelajar baru , memang Kolej sunyi sangat , ingatkan time tu kamilah raja disitu ! tapi silap , ade lagi kakak dan abang senior yang belum habis cuti semester mereka , so far so god disitu sebab takde orang lain selain intake kitaorang ! intake april . Intake kitaorang serious tak ramai dalam berapa puluh je . Haaa ! terlupa pulak nak cerita tentang rakan sebilik . Hostel serious tak boleh belah sebiji macam hostel sekolah asrama ! haley sabar je , okay okay kembali kepada tajuk dalam bilik yang saya stay tu ada 6 orang lag termasuk me ! hee , nak kenal diaorang ? eh tak perlu , saya akan perkenalkan :P roommates saya terdiri dari Aina ( Cousin yang gila - gila ) , Zainab ( anak jati penang ) Wani ( can being my mama ) Subha ( Rakan paling sporting , happy ) dan Hawa (kacukan) . Dari situlah detik permulaan perkenalan kami berenam , maaflah masa mula - mula daftar sayalah manusia paling sombong ! huhu tak tahu lah kenapa , bukan sombong pun but pemalu :P HAHA , kelakar kan ? ahh mula - mula nak jadi pelajar atas . Hari ketiga disitu sudah bermula orentasi ! oh mak , orentasi entah pape ! sebab semuanya diurus oleh lec , bak perpatah orang penang " bosan baq hang " heheh , dari situlah kami mula mengenali antara satu sama lain , bila dah kenal mulalah jadi haru suka sangat sakat orang ! hihi , hobby ;) Nak cakap felling dekat sesape tu takde langsung time tu ! sebab dah ade boyfriend dekat rumahh tuu ! huu setia k setia , setakat kawan - kawan tu normal lah kan ? hihi , kami jalani hari - hari seperti biasa sehinggakan lec mengumumkan yang trail nak dekat ! mamy , studyy tak tara mana takan dah trail ? dalam hati " relax aien , mudah tu ! InsyaAllah' . Setiap hari kitaorang akan berkumpul dekat library untuk study ! taknak fail hoii , nak pointer hoii ! And Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar , semasa trail bermula , tiba - tiba dengar cerita ade lagi intake nak masuk ! masa tu semua rasa " argh asal ramai , semak nanty senior lagi " then bermulalah intake jun mula mendaftarkan diri ke kolej . Serious kot tak suka sebab terlampau ramai , sudah lah hostel tu kecik bila berkumpul ramai - ramai memang nampak semak gila . Huhu nevermind . Lepas je kitaorang habis trail , semester break untuk junior dah pun tamaat dan mereka pun dan mula memenuhi kawasan kolej ! huhu dulu pergi kolej tak kisah sangat , sebab kolej lengang tapi sekarang harus ada perasaan malu sedikit ! hihi , darisitulah saya mengenali senior - senior , okay so far so good mereka tak sombong pun . Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan di situ . Tahun nih memang sad story gila - gila sebab tak dapat nak berbuka bersama keluarga tapi berbuka bersama kawan - kawan ! huhu , tapiii ramadhan pertama yang best ! minta kebenaran mama , nak ajak kawan - kawan berbuka dekat rumah ! dan mama izinkan , ramai jugaklah yang datang hampir 18 orang termasuk saya ! 8 orang dari intake april dan 10 orang dari intake jun ! hee intake jun tuu kawan saya jugak ;) best hari tu sebab dapat berbuka beramai-ramai . Haaaa tahun niy birthday party girl best siot ! sebab zai and hawa buat surprise ! yehaaa , happy gilaa sebab diaorang sambut macam tu , hihi sayangg korangg :* mula - mula agak kesedihanan lah sebab tak dapat nak sambut dengan parents , nasib lah kawan gembirakan saya ! but masa birthday party girl , saya sakit :'( then masuk wad untuk masukkan air ambik darah dan check air kencing , doc cakap saya ada kencing kotor ! huh ! takut siot dengar , lepastu call ayah suruh datang amik , memang seminggulah saya MC duduk dirumah . Bosan je rasa ! hihi , tapi takpe dapat juga berbuka dengan parents ;) last day dekat kolej sebelum cuti raya bermula , kolej ada buat event bersama anak yatim kalau tak silap lah , haritu happy gile sebab dapat berkumpul ramai - ramai ! hehe , tapi tak best juga lah , hmm . Sebelum balik beraya kami pun saling bermaaf-maafan dan mengucapkan selamat hari raya ! cuti tak lama , dan pengajian bermula , dan final exams pun hampir , kami semua memang pulunlah study sampai ke pukul 4 kekadang 6 pagi punya pulun study ! takmahu fail wehh ! kalau fail maluu jee . Exams dilaksanakan selama tiga minggu serious lama beb ! huhu sabar jee , sebab dapat rest sama ! hari last exams memang pilu gilaa sebab nak berpisah 2 bulan ! hmm semua barang - barang kene angkut bawa balik rumah , huhu sedih je nak tinggalkan kawan - kawan . Sempat bersnap - snap gambar bersama mereka ;) rindu sangat kenangan tu ! Haaaa sampai terlupa nak kasi tahu course yang saya amik ! hehe , saya amik course diploma in management! okayyyy thanks sebab sudi luangkan masa bersama :P t.care guys , byeeee , ade masa saya update lagiii :)

p/s : korangg ! aku rindu korangg , cepatlahh bulan sebelas woii ! huhu